Bahasa Malaysia

Program Bahasa Malaysia EdubestTM ialah program yang direka khas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah. Seluruh program ini direka, dirancang, digubal serta ditulis oleh guru dan penulis buku rujukan yang berpengalaman berdasarkan keperluan terkini dalam pembelajaran Bahasa Malaysia untuk peperiksaan sekolah. Isi kandungan yang padat, menarik serta relevan menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat bantu mengajar yang berkesan seperti projektor, kamera dokumen dan perisian peta minda digunakan.

    

Program Bahasa Malaysia EdubestTM dilaksanakan mengikut Tahap. Pelajar dikehendaki menduduki Ujian Penentuan Tahap (UPT) untuk dinilai tahap  penguasaaan bahasa Malaysia mereka. Dengan ini, pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang sama sahaja akan dimasukkan ke dalam sesebuah kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Bilangan maksimum pelajar adalah 15 orang setiap kelas agar tumpuan yang mencukupi atas setiap pelajar dapat diberikan.

        

Setiap sesi 120 minit (90 minit pengajaran & pembelajaran bilik darjah; 30 minit latihan ala bestari di makmal komputer). Setiap tahap mengandungi 16 Modul yang disedia khas.

Secara ringkasnya, Program Bahasa Malaysia EdubestTM

  • Digubal mengikut sukatan pelajaran Sekolah Rendah dan format UPSR. PT3 & SPM

  • Menyediakan murid untuk UPSR, PT3 & SPM mengikut sistem program bahasa

  • Menepati Konsep i-Think dan KBAT
  • Komprehensif:

  • Bacaan & Pertuturan

  • Pemahaman, & Tatabahasa

  • Penulisan Sekolah Rendah:

    • Membina Ayat

    • Karangan

    • Ulasan

    • Praktis Penulisan Harian

  • Penulisan Sekolah Menengah :

    • Ulasan / Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

    • Karangan Berformat dan Tidak Berformat

    • Komponen Sastera

Nota yang Lengkap dan Sistematik

Program Penulisan Sekolah Rendah 2009 SRIII_051 200x285

Buletin Bulanan

 

Klik untuk baca.