Seminar

Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu

 

Setiap tahun, seminar-seminar ini dirancang khas untuk pelajar kami. Hal ini bermakna kami merancang apa yang perlu disampaikan kepada pelajar kami, iaitu Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu.

 

Mengapa Seminar Edubest fokus kepada Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan ?

 

1. Masa untuk membuat ulang kaji atau latih tubi jauh lebih panjang daripada seminar satu atau dua sesi yang berlangsung untuk dua hingga tiga jam. Tambahan pula, kami mempunyai program ulang kaji yang kami rancang dengan teliti dan sedang berlangsung dengan lancar.

 

2. Kehendak peperiksaan seperti skema pemarkahan dan pertimbangan dalam pemarkahan tertakluk kepada perubahan Lembaga Peperiksaan dari tahun ke tahun, justeru Edubest sentiasa memastikan pelajar Edubest mendapat informasi terbaharu agar mereka menjawab soalah peperiksaan seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan. Bagi memastikan pelajar kami mendapat informasi terbaharu, penceramah kami hanya dilantik dan dipilih daripada kalangan pendidik yang masih bertugas sebagai guru dan pemeriksa yang berpengalaman sahaja!

 

Tahun ini, kami membuka pendaftaran kami kepada semua calon peperiksaan (termasuk yang bukan pelajar Edubest) yang berminat atas permintaan ibu bapa dan pelajar kami.

 

Seminar UPSR 2015 A Seminar UPSR 2015 B Seminar UPSR 2015 C

Maklumat tentang Seminar:

  • Dianjurkan setiap tahun untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM
  • Fokus kepada teknik menjawab soalan peperiksaan BM
  • Dikendalikan oleh pemeriksa yang bertauliah dan berpengalaman
  • Diadakan di Bilik Seminar Edubest

Skor dengan teknik menjawab yang betul dan pintar daripada pakar peperiksaan dan informasi peperiksaan BM yang terkini!

Pelajar bukan kelas peperiksaan juga digalakkan menghadiri seminar ini.

Kuasai teknik menjawab soalan peperiksaan lebih awal!

Kini dibuka untuk semua pelajar atas permintaan ramai.

Sila dail 03-79837650 untuk pertanyaan yuran.