Program Bahasa Malaysia EdubestTM ialah program yang direka khas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah. Seluruh program ini direka, dirancang, digubal serta ditulis oleh guru dan penulis buku rujukan yang berpengalaman berdasarkan keperluan terkini dalam pembelajaran Bahasa Malaysia untuk peperiksaan sekolah. Isi kandungan yang padat, menarik serta relevan menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat bantu mengajar yang berkesan seperti projektor, kamera dokumen dan perisian peta minda digunakan.
Program Bahasa Malaysia EdubestTM dilaksanakan mengikut Tahap. Pelajar dikehendaki menduduki Ujian Penentuan Tahap (UPT) untuk dinilai tahap penguasaaan bahasa Malaysia mereka. Dengan ini, pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang sama sahaja akan dimasukkan ke dalam sesebuah kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Bilangan maksimum pelajar adalah 15 orang setiap kelas agar tumpuan yang mencukupi atas setiap pelajar dapat diberikan.
Setiap sesi 120 minit (90 minit pengajaran & pembelajaran bilik darjah; 30 minit latihan ala bestari di makmal komputer). Setiap tahap mengandungi 16 Modul yang disedia khas.